Frigat kelas Krivak
Frigat kelas Krivak

Frigat kelas Krivak

Kelas-Krivak, designasi Soviet Project 1135 Burevestnik (storm petrel), merupakan satu siri kapal frigat dan kapal pengawal (bot peronda) dibina di Soviet Union untuk Tentera Laut Soviet sejak tahun 1970. Kemudian beberapa sub-kelas seperti Nerey (Nereus) telah direka untuk rondaan pantai oleh Trup Sempadan KGB. Sehingga tahun 1977, kapal-kapal dalam kelas ini sebahagian besar dianggap tertumpu pada kapal-kapal peperangan anti kapal selam.Kelas ini biasanya dikenali dengan nama penggelasan NATO sebagai Krivak dan dibahagikan kepada kelas-kelas Krivak I, Krivak II, Krivak IV (tentera laut), dan Krivak III (pengawal pantai).Kelas ini direka sebagai penganti kepada Riga kelas. Rekabentuknya bermula pada akhir tahun 1950an dan matang sebagai kapal anti kapal selam pada tahun 1960an. Kapal pertama adalah Bditelnyy yang mana ditauliahkan pada 1970.Sejumlah 40 buah kapal telah dibina, 32 buah kapal untuk Tentera Laut Soviet dan 8 buah kapal sub-kelas Nerey (Krivak III) yang diubahsuai untuk Pengawal Sempadan Maritim KGB. Pada masa sekarang, 2 buah dalam sub-kelas Nerey yang berada dalam perkhidmatan Pengawal Pantai FSB dan sebuah adalah kapal laksamana dalam Tentera Laut Ukraine.Tentera Laut India telah memesan enam buah frigat kelas Krivak III yang dinaik taraf kelas Talwar. Tiga buah kapal telah diserahkan antara tahun 2003–2004. Tiga buah lagi telah diserahkan antara tahun 2011–2012.Pada 12 Oktober 2010, satu pengumuman dibuat bahawa Yantar Shipyard dari Kaliningrad telah memenangi satu kontrak untuk membina tiga buah kapal perang baharu untuk Tentera Laut Rusia. Pembinaan frigat untuk Tentera Laut Rusia akan dimulakan bersama-sama dengan pembinaan frigat jenis sama untuk Tentera Laut India.[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Frigat kelas Krivak http://ship.bsu.by/main.asp?id=100875 http://www.brahmand.com/news/Yantar-shipyard-to-bu... http://englishrussia.com/2011/04/20/friendly-ship-... http://flot.com/news/navy/?ELEMENT_ID=59776 http://en.itar-tass.com/russia/758678 http://www.itar-tass.com/en/c32/199507_print.html http://www.janes.com/article/61116/russian-navy-re... http://rusnavy.com/news/newsofday/index.php?ELEMEN... http://www.rusnavyintelligence.com/2017/04/les-fre... http://tass.com/defense/1025089